Thursday, February 7, 2013

Tribute buat Arwah Adam Syukri

Sayang, pasti sekarang jasad mu sudah di sempurnakan dan di kambusi tanah bumi Maha Esa. Ibu tak kenal awak, Ibu hanya tahu perkembangan awak. Adam sayang, setiap kali Ibu baca perkembangan awak, Ibu sedih nak.. sakitnya awak, Ibu kena cucuk pun nangis sayang. Tapi Ibu tahu Adam anak kuat.

Sayang sungguh pun kehadiran awak sementara, tapi cukup membahagiakan orang tua mu serta segenap seluruh dunia yang sayang terhadap awak. Awak anak baik kata mama bila ibu baca di dada akhbar. Awak tak pernah menyusahkan mama. Orang tua adam tetap menjaga adam, menyayangi adam sehingga saat akhirnya. Kasihi mereka, doa kan mereka bertemu mu di syurga Ilahi kelak nak.

Kini Adam dah tak rasa sakitkan? Adam mesti bahagia, Allah memanggil awak teruskan ke pintu syurgaNya sedangkan kami masih berhitung nasib di dua pintu atau entah kemana letaknya selepas di timbang kelak. Bahagialah nak.. Senyum lah.. Ibu yakin itu semua hak awak yang tak dapat awak rasakan di dunia. Sihat. Ibu sedih, tapi Ibu senang.

Pasti mama adam rindu sangat pada adam. Ibu tolong doakan Ibu adam agar Allah kurniakan kesabaran yang kuat serta kafarah yang tinggi buat Mama adam. InshaAllah.

Semoga aman di sana nak ...


Al- Fatihah


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Rabbi, cukup terhina aku rasa di sisi Mu. Ya Allah .. anak ku cukup sempurna, cukup sihat, cukup makan, cukup pakai dan cukup segalanya. SubbahanaAllah syukran ya Rabbi. Ampuni dosaku kerana terlalu angkuh terhadapMu.



Raysha, terima kasih. Semoga jadi anak ibu yang sentiasa bersyukur nak.. tolong doakan Abang adam ye nak? Dia bidadara syurga Allah ..


:'(


The best is yet to come
CikPuan Shukriah Jasni