Thursday, February 14, 2013

Main Masak Masak : Daging Masak Kicap Fynn Jamal

WARNING : Resepi di bawah adalah resepi masakan amatur. Sila buat gaya sedap gell ketika membaca.


Ever since Raysha around, it is hard to cope with everything I used to do. Working to Housewife and being housewife in terms of coming back from work you gotta cook, chores, laundry and stuff. So from those daily routine been add up by raising up my baby girl who need to be feed, change her diapers and put her to sleep. HECTIC KAN? (saja caps lock) But thanks to my dearest husband who help me A LOT, ringan sikit kerja. And for that I rewarded him with new try out recipe.

Cope with me please, I never were a good chef, but to cheer up my husband loyot-belly-geli-geletek-comel, I give my best shot to give it a try. Hence, to share this recipe..

Resepi ni aku copyright dari stegram Fynn Jamal, dia assure kan aku untuk try and terus practise. uhui "Kami lah buddies takkan terpisah" -iklan. Mampu share resepi dengan retis yang jauh nun di Kazakhtan? MAMPU? (belagak)


Resepi ni paling gamps senangnya. No really. Sampai aku nak mandi minyak kat dapur sebab rasa senang gell nak masak (hiperbola). Jangan lupa the secret seasoning is Kasih Sayang. Sila masak dengan penuh kasih sayang supaya suami anda semakin buncit dan sahamnya semakin merudum. Tsk.


Ingridients :

Daging
(banyak mana ikut suka. Aku buat sikit sebab aku KONON diet.)
Bawang besar 1 biji
(lupa beli so aku guna 3 biji bawang sipi sipi nak besar)
Bawang Putih 5 ulas
Cili Api
(ikut pedas suka hati. Segenggam pun cara)
Halia seinci
(macam mana seinci aku pun taktau, pembaris takde so aku pakai agak)
Kayu manis + Bunga cengkih
 (ini aku olah sikit. kasi bau uummpphh!)
Kicap manis
(ikut citarasa, cap kipas, cap aircond, cap kapal layar)
K. Tak kelakar

Lagi best kalau tambah :
Gajus
(malas singgah giant)
Serai
(lupa nak beli!)
Kentang
(pun sama lupa.)


Koboikan aje.


Steps :


Haruslah daging. Potong dadu baru comel. Comel kan? kan?


Ikut resepi kak fynn dia tak rebus dulu daging. Aku kan amatur, so to play safe.. aku rebus kasi empuk dulu.
AMARAN : Jangan buang air rebus tu, we need that meat stock.





Bahan paste.

Susun semua bahan nak di tumis dalam kumpulan. Lagi elok berbaris, baru ada gaya. LOL. Bahan bahan tadi di blend kan sampai hancur. Ikut cara aku, aku ni gaya mak mak zaman antik. Aku guna lesung batu tumbuk. Gigih ngko tumbuk sampai lunyai hingga naik solid bahu mak sikit hari saing dengan abang abang tangan ketaq~ Sebab aku percaya kalau tumbuk lagi best rasa dia sebab tak tambah air, dapat pure paste ni.



Ha macam gini lah hasil lepas kena tumbuk dengan 'abang ketaq'. Masih dalam kumpulan, susun baik baik sekali dengan kayu manis and bunga jintan (sumpah aku pakai TOT je. betui ka hat atas tu bunga jintan??) Koboi je la. Di ulangi, MASAKAN AMATUR. Ihiks



Ini namanya lagend.
Kicap Cap Kipas Udang. Mana diorang invent nama ni aku pun tak pasti,
Adakah udang tu di kipas sehingga jadi lagend lalu tribute kicap sebagai tanda sejarah?
or
Udang mampu mengipas dirinya sendiri? :O

Koboikan aje.


  1. Panaskan kuali, buh minyak. Agak agak sukatan pembuncitan yang nak di hasilkan. Aku letak sesedap rasa untuk tumis paste.
  2. Tumis bahan paste tadi (YANG SIAP DI TUMBUK YE!) and aku taktau bila perfect timing nak masukkan kayu manis sama bunga jintan, so aku koboikan dengan bahan tumis.
  3. Agak agak naik bau, masukkan daging dengan stock nye sekali untuk mendapatkan hasil kuah yang pekat dan cukup rasa gituuu~
  4. Masukkan garam, gula half spoon sebab kicap tadi dah manis. Kalau buh bebanyak nanti kerat kaki. Padan.
  5. Masak sampai kuah agak agak kering.
  6. Tutup api dengan cara tiup api tu sampai padam, kalau adik sungguh bijaksana.
  7. Let it rest, baru angkat buh lelawa dalam pinggan.




Hasilnya.

Husband bilang sedap so betullah kata kak Fynn confirm menjadi. Cukup rasanya, sedang elok manis, empuk dagingnya.


Dah la, aku malas nak taip pepanjag. Nak masuk training dah. Kalau berani, sila lah coba resepi ni. Rasa penangan masakan amatur sedap tak sedap.






The best is yet to come
CikPuan Shukriah Jasni