Sunday, September 23, 2012

Adakah aku yang bermasalah?

Me : Arief, awak rasa shuk ni 'neat freak' tak? Rasa annoying tak asik nak sentiasa dalam keadaan kemas? Nak rumah, baju, semua nak bersih and teratur?

Arief : Takde lah. Orang pun macam tu jugak.

Me : Takde lah. Shuk memang cepat bengis bila shuk dah kemas tapi orang sepahkan balik. Letih jugak. Itu sebab shuk ni kuat bebel. Takut jugak awak rasa annoying.

Arief : Kalau orang pun bising jugak. Tapi tengok tempat jugak. Kalau benda tu 'kena' sepah nak buat macam mane (..with contoh scenario)

Me : Takde la, shuk cuma takut awak annoying je. Shuk memang tak suka selerak ni. Shuk balik letih mesti nak rumah selesa. Kang rumah selerak shuk mesti 'jem' punya.

Arief : Mana orang boleh tolong orang tolong la..

End of conversation.

Monolog antara aku dengan suami semalam. Banyak kali aku kepikiran hal ni. and TRUST ME, aku bukanlah seorang yang penyabar. Sebab itu semalam aku decide untuk terus honest dengan arief.
Kadang kadang tu aku wonder, aku ni terlampau taksub sangat ke dengan kebersihan sampai annoy semua orang? Ke memang aku ada masalah dengan orang yang tak boleh keep things clean as it is? Benda ni penyakit ke? Sycho aku ke?  Hence, the conversation..

Mungkin peratus persamaan tahap kebersihan aku dengan arief hampir sama as my husband is a person yang organize and pembersih. So, tak hairanlah kalau dia pertikaikan soal kebersihan. Even aku pun persoalkan. No offensse, aku dibesarkan oleh kedua ibu bapa yang I must say... decipline yang standard. They are several scenario why I end up being 'neat freak'

  1. Ever since mama stopkan our maid, semua kerja kebersihan rumah di ambil alih oleh aku. Pada awalnya bukan dengan kerelaan (siapa nak susah kemas rumah, baik goyang kaki je kan?) Aku ikutkan jugak kerja mengemas supaya at the end of the day after she come back from work DIA-TAK-MEROYAN-MEMBEBEL kenapa rumah bersepah. Lama kelamaan dah sebati dengan diri aku yang sentiasa menjaga keadaan rumah supaya bersih! Not just rumah, Laundry, Kitchen, Sawang, Habuk.. eh semualah!
  2. Ayah pulak kaki perli. Setiap kata dari mulut dia sampai sekarang jadi azimat aku untuk sentiasa betah belajar hidup di samping masyarakat. There's one line sampai sekarang terpahat di kepala otak aku 'MELAWA NAK, TAPI PENGOTOR. MACAM NI PEREMPUAN?'  Tak pedih telinga engkau? Sejak dari ayat ni lahir dengan tarikh tak berapa ingat dari mulut dia, aku cukup berhati hati dengan membawa karakter diri. Betul dan tepat! Melawa nak, Cantik nak, Sweet nak, tapi perangai.. mangaaaaiii~ malaikat pun masuk pakai 6inch. Tambah lagi perempuan ni dari azalinya memang di ketahui sebagai ibu. Karakter ibu macam mana? Tepuk dada tanyalah jantung sama paru paru.
  3. Jiran aku. Tak pasal jiran aku pun memberi impak dalam diri ini. Oh cik Rahmah~ (anak dia Pilot MAS, hence I used to have crush on him, hence muka dia macam Harry Potter) LOL. Apa kena mengena dengan cik Rahmah ni? She's full time housewife. Aku suka pegi rumah dia (sebab belakang rumah mama je) Masuk je rumah dia, aku rasa nak balut diri dengan pelastik! Takde habuk, lantai tak berpasir, bunga segar EVEN FRIDGE DIA MACAM DRAWER ALMARI! segala bahan masakan semuanya tersusun rapi siap siang letak dalam bekas! Stressnya aku!! Cuba aplikasikan tapi gagal. Dan aku taknak elaborate kenapa sebabnya. FULLSTOP.
Banyak lagi scenario yang cukup memberi impak and lead aku to who am I now. To be true, secara berdepan, aku bukanlah seorang yang tampak kemas, sifat aku yang suka simple and bersahaja buat aku tak kesah keadaan rambut, baju or tudung macam mana. Mama selalu clarify aku ni seorang yang 'tak kemas'. Biasalah Mak. Perempuan kena lah molek gitu. Aku pun rasa kena overcome perangai konon 'bersahaja' aku ni as in Quran state that I have to look amazingly good infront of my husband (pahala free kot Allah nak bagi!) Dalam pada selekeh aku, I think people who are close to me, they know how I take care of my tahap kebersihan. Masuk bakul angkat sendiri please..


PLEASE BARE WITH ME, THIS IS MY FIRST TIME DOING LONG ENTRY WITHOUT PICTURES.


Aku pernah berhadapan dengan orang yang err.. nak kata pengotor macam kasar sangat, Penyepah? Yes. (anggap je la engkorang faham deskriminasi aku Penyepah tu amende..)

  1. Pengalaman di hostel : Inilah zaman noob aku baru nak lihat dunia, masuk hostel Universiti. Best, sebab macam sisterhood gitu. Selama setahun aku duduk hostel and 2 kali aku berubah roomate and aku hormat dengan perangai masing masing. Masa sem 1 aku pernah kena marah sebab kemas barang sendiri, tak bertimbang rasa untuk tolong kemas bilik bersama. Dekat situ aku belajar toleransi. Duduk sama sama, kemas pun sama sama, selesa pun bersama. Tak boleh selfish. Unless you duduk sorang itu you punya hal. And their action was actually right and tepat. Semester 2 aku merasa jugak kemas bilik bergilir tapi itu hanya temporary as we was so busy dengan jadual packed. Decide untuk jaga barang masing masing je. Selfish juga tapi cukup bagi aku diorang tak ganggu tempat aku.
  2. Pengalaman di rumah sewa : Duduk rumah sewa ni memang cukup mencabar. Segala jenis manusia aku jumpa, pembersih tahap bebel direct ada, pembersih tahap teasing pedih pun ada, pengotor barang sendiri pun ada, pengotor tahap keseluruhan sampai ganggu seisi rumah pun ada. Pada awalnya aku ni tak pandai bersuara, aku fikir barang masing masing, jagalah sendiri. Apa yang tunjuk depan aku, ialah apa yang kau di didik dari rumah. So as usual aku jaga barang aku sendiri, sampai satu tahap aku dah tak tahan dengan rumah yang tak-macam-rumah-penghuninya-perempuan. And ada sampai tahap tidur atas katil bersemut and longgokan baju sampai kucing pun segan nak beranak. Itu antara pengalaman hebat antara aku dengan budak rumah sewa dulu.

Banyak lagi pengalaman hebat berhadapan dengan penyepah dalam hidup aku. Bukanlah niat aku untuk mengaibkan orang atau to campak their self esteem, cukup sekadar memberi kesedaran. As normal human being yang cukup ilmu civic, cukup adab, and yes .. berakal, hormati diri dan orang sekeliling yang sentiasa menjaga kebersihan untuk pastikan kualiti hidup yang baik. Pada awalnya aku takut nak publish entry ni, tapi hasil dari pembacaan dan 'galian' aku tentang kekeliruan sama ada aku ni bermasalah tentang kebersihan, I found out these few articles buat aku yakin untuk publishkan jugak entry panjang berjelar ni. Mungkin ada sesetengah readers yang mula terasa tapi aku yakin pada niat aku. Innocence of Shukriah yang Geteks Please (joke). Kebersihan ini asas kehidupan bagi orang yang rasa dirinya bersivik untuk hidup normal. Cheerish everybody!



The best is yet to come
CikPuan Shukriah Jasni