Monday, January 28, 2013

Pop-out Part II

takpayah buang masa say sorry-pasal-lama-tak-update. Anak kecik ni bandaraya masa terluang Ibu. Jangan pernah berangan boleh lenggang kailan (asik kangkung je dapat nama bila berlenggang). Takpe nak ... apa saja untuk kamu.

where to continue ... ah yes! right after the poked me at my buttox and i buzzed off.

26/11/2012

430AM : Tried my best to not take any drugs yet kengkonon nak berlagak
'EY MEK BERANAK TAK PAKAI UBAT KAAYY'
Angguk mu! it has been 20hours I fight to free from any drugs. but I finally gave up


..conversation amateur young daddy-mommy to be

Me : Arief mintakla ubat pain killer. Dah lama sangat ni. Nak tidur pun tak boleh takut tak larat nak push nanti
Arief : Nak orang panggil nurse? Kejap..

and nurse poked me and I go 'weng~' I started to look around and I TALKED NONSENSE. Ah dapat juga aku merasa mamai (separuh sedar)


- scene sleepas  ini di antara 730 sehingga 830AM -



730AM : Time ni dah rasa contraction sangat kuat sampai tersedar dari tidoq.

(Eh kata tahan 4 jam. ada masa lagi ni.. apesal dah start sakit balik ni. SAKIT SANGAT PULAK TU)
-monolog dalamanku- dalam mana entah, hati ke otak ke telinga ke aku kompius.

and Ahhhh (asal Dr.Zarul masuk je aku suka. HORMONE kay!) He came and see me ...

Dr.Zarul : Hi Shukriah. How do you feel? Sakit sangat dah?
Me : Sakit sangat.
Dr.Zarul : Ok I nak check 'jalan' you and tengok berapa.
-VE- (ayu~~ kaulah wanita) Eh bukan. Vaginal Examinate.
Dr.Zarul : Okayy dah 5cm. I nak pecahkan waterbag you.
takdan aku jawab ok dia tusuk kasi pecah. Perasaan .. takut+panas
and then ..
Dr.Zarul : Ok air ketuban you dah tukar color, baby dah terberak sikit dalam perut. I estimate dalam pukul 10 bersalin.

Pecah ketuban satu hal punya nebes. Sakit tadi satu hal. Tambah pecah ketuban dan sakit MAHA KUAT buat aku meraung tak sedar diri. BLAADDI HEELL ~
kejap kejap usha jam kat dinding. MasyaAllah 2 jam lagi. Y U NO ESTIMATE 5 MORE MINS.

p/s : Jangan durhaka dengan mak please. Sakit amat tahu! memang sungguh nak tercabut segala tulang, pinggang dah takde power nak tahan sakit tapi kuderat ibu tu nak selamatkan nyawa dalam perut. air mata tak berenti mengalir ayat suci tak berenti dari hujung bibir DAN AKU SANGAT SASTERA SEKARANG NI. xoxo.


I cried and aku meraung. Walhal dah pesan dengan arief

Kalau nak bersalin nanti shuk jerit, awak lempang je. Buat malu kat orang je jerit.

Serta merta terbatal niat aku, aku tetap nak jerit or.. meraung (takde la batak sangatkan kalau aku meraung je. ihiks) BERANI DIA, KALAU LEMPANG JUGAK AKU SUMBAT DIA DALAM PERUT -drama-

sambung..


instead of Arief, Ayah yang walked in and hold my hands and help me out to mengucap and selawat.

815AM : Nurse meluncur dengan wheel chair sambil pose ballerina (tipu) and asked me to move to LR.

20 mins aku spend masa dalam LR meraung. Aku dah tak dulik kiri kanan orang yang nak bersalin. Aku nak jerit jugak! Nak jerit jugak! Nak jerit jugak (dah). Sebab dengan jerit la aku tak focus sakit and orang cecepat tolong.

and there's one nurse yang SUPER RUDE (semadilah engkau dalam memory ku) tapi ke-kurang-ajaran dia tak berakhir lama bila aku berjaya balas dendam. Busuk. Nyawa dah hujung tanduk pun hati tetap jahat.

What she did :

- seluk  (VE) aku sampai berdarah (dah 7cm kay.. lajukan? hanya beberapa mins)
- marah aku jangan bising orang lain pun nak bersalin (EH BIA AHHH!)
- campak waterdrip bag aku

What I gave her back :

- Aku suruh dia teman aku and baca surah yunus sesame and ASKED HER TO HOLD MY HAND. cam ni
 'PEGANG TANGAN SAYA!' hehehe I did scolded her. Padan.
Datang contraction aku GENGGAAAMMMM tangan dia sampai dia kata SAKIT! (Rasakan.) Yang paling best... Arief  isn't there masa sakit teruk sebab supposed dia ada exam pagi tu. Tapi patah balik ke hospital tau bini dia dah buli semua nurse dalam LR. Hihihi. Semua nurse aku herdik 'Mana suami saya?!'

p/p/s : masa nak bersalin, SETIAP orang dalam LR aku marah. Ihiks. Akak kannn .. Gangster.


830AM : Inilah saatnya yang aku taktau yang aku dah boleh beranak sampai di beritahu oleh Dr.Zarul.. eh jap Ahhhh (sound effect untuk Dr.Zarul) Getek.

Dr.Zarul : Okay Shukriah, whenever you ready and the contraction datang you push!
(time ni baru la arief sampai, jujuran ayaq mata 'THIS IS ALL YOUR DOING' Eh, tak la.)
The thing is ... time Dr.Zarul cakap 'ready' je aku dah push sebelum ayat push tu sampai kat mulut dia. Hebat geell please aku.

4 to 6 pushes as I remembered la.
OH LUPA.
push keberapa ntah aku marah Dr.Zarul

'Jangan tekan perut saya! Mana la saya tau sakit contraction nak datang kalau sakit perut kena tekan!'

Kan tak pasal kena jugak.. kan dah kata.. akak Gangster. Ihiks

Tepat 850AM terlahirlah budak kepala lonjong akibat vaccuum.






the lonjong-ness. Kesian anak ibu, berak lagi dalam perut, kan dah kena pakse keluar.


Di ulangi .. Akak kan.. Gangster. Tak nangis pun bila baby dah selamat lahir.
..sebab akak dah pingsan~

Terkeluar je baby ...

Dr.Zarul : Shukriah~~ Baby apa??
Me : usha sesikit .. Girl~ (sila baca nada sayur)

an hour after, Ibu bangun di tinggalkan sendirian, berlumuran darah dan kesejukan, rasa seperti anak terbuang. Tsk. Cari baby takde, bapak dia yang datang. Bapaknya buat ape, jemu dah, bak sini baby!
 (eh sayang, Joke je tau tau! hehe. Balik ni kita masak sesedap kayy)

Dapat tengok anak thru phone je. Sedih. Tapi tak nangis. - Akak kan.. Gangster-
2 hours lepas request baru dapat jumpa anak.

MasyaAllah, Allah is the Greatest!
Panasnya badan anak. Sempurnanya anak. Cantiknya anak :)


EH NI BUKAN.



ini dia ... In her baba arms. Alhamdulillah swollen vacuum tak lama. dah susut











We'll be missing you Dr.Zarul :)





Her Day 2









Name : Raysha Ammara bt Arief Iskandar.


DAN NAMA INI TAK DI COPY, DI TIRU OLEH MANA MANA PASANGAN KEKASIH YANG PLAN NAMA ANAK DIA MACAM MANA BILA DAH KHAWIN KELAK.
Beranak dulu cerita dia. Sesuka je tuduh kita copy nama 'anak' dia.
Ish jahat.


Raysha : Tolerant, Pemimpin (picked by Baba)
Ammara : A women with a strong Imaan (picked by Ibu)


Begitulah chronology bersalin aku. Sakit itu lumrah, tapi kafarah lebih indah. Sejujurnya, aku rindu nak merasa nikmat sakit melahirkan. Kerana aku tahu bertapa Allah sayangkan aku, di beri nikmat kesakitan yang di ganjarkan dan hanya wanita sahaja dapat merasakan. Kalau mak lain boleh thru sakit, aku pun boleh. Alhamdulillah aku berjaya.

Semoga amalan aku diterima-Nya.

-
-
-
-
-


So.. baba, bila nak pregnant lagi?
Gaahhhhh! Bye!

-
-
-

-


The best is yet to come
CikPuan Shukriah Jasni