Tuesday, August 21, 2012

perfectly imperfect

Bila ibu sakit,
ibu selalu bagitau awak..
Bila ibu sedih,
ibu selalu ceritakan pada awak..
Bila ibu sendiri,
ibu percaya akan kehadiran awak kelak..
Bila ibu sunyi,
ibu selalu dambakan tendangan awak..
Bila ibu hampa,
golakan awak bikin ibu menanti awak..
Bila ibu dambakan bapak,
ibu tunggu kelahiran awak..

Maafkan ibu kerana kesempurnaan itu jauh dari milik nyata ibu..
Namun percayalah kuderat ini, ibu kerah untuk awak..
Ibu percaya kehadiran awak akan membuang segala sedih, pahit, sakit, sunyi yang ibu rasakan..
Dikala orang ralat mencari panggilan awak, ibu sedia ada dengan gelaran awak kelak..

Ibu tunggu 'kedatangan' awak dengan seribu kegembiraan...



p/s : tau je kita puitis.. tendang tendang. ihiks. tidolah sayang. membesar dengan baik ye nak :)