Wednesday, July 18, 2012

Patut ke perasaan ni?

Hi everyone. Assalammualaikum.. Guess where am I? OFFICE. Baru dapat jumpa suami sehari dia dah pulang ke Perak. Sepulangan ku nanti pada esok hari, Jumaat. (macam tak perlu je bagitau). Ini semua kerana kesetiaan aku pada encik Mahmood Salim yang membayar gaji. Syukur. Naik gaji boleh? hahaha bajet lawak. 

So, telling about kerja. Sejak bekerja I have stopped taking any financial from parents (tipu) ok lah, 70% stop. 30% when it comes nyawa nyawa ikan sementara nak tunggu gaji masuk. (busuk gila perangai). Tapi sejak berkhawin ni, semestinya aku dibawah naungan suami sepenuhnya dari segala aspek. Tapi aku ni ade satu masalah which I may consider as CRITICAL jugak la. Nak tau masalah apa? Jap aku nak masuk perenggan baru...


....(ok dah masuk perenggan baru). Masalah aku ialah... aku segan sangat, teramat nak guna duit suami walaupun dia yang nak bayar semua, walhal semua tu kerja aku untuk membayar. ALAMAK. macam mana ni? Bila dia bayar, aku mesti rasa nak pulang balik duit dia. Sejak dari aku dilepaskan ke sekolah, Mama Ayah selalu pesan 
'Jangan mintak apa apa dengan orang. Jangan susahkan orang. Selagi Mama Ayah mampu mintak kat Mama Ayah'.  
SUDAH. Kire otak aku dah di settingkan macam tu sejak aku keluar dari buluh betung (auta). Even masa zaman aku bercinta pun aku jarang sangat la nak bagi orang hadiah hadiah ni. Aku bukan kisah orang nak kata aku ni kedekut pahit. EH DUIT AKU, SUKA AKU LAH NAK BAGI KE TAK. Ihiks~


Kire kalau orang dapat hadiah dari aku tu, boleh kire beruntung la, because once in a full moon je aku bagi, itu pun tengok pada nafsu aku nak kasi. Busuk gila perangai aku. Aku suka utamakan barang or keperluan diri aku dulu baru orang lain. (tetiba betul rasa diri ni busuk) tapi itu dulu sebelum aku masuk University. Pesan Mama 
'You have to get use to it Kakak, because he's responsible on you now. Mama Ayah tolong mana mampu'. 
 Sejak tu aku berazam untuk tak mintak ape ape dari suami. Kalau dia nak kasi dia kasilah. Selagi aku mampu bikin duit sendiri aku bikin, tapi suami 'Hartaku, Hartamu Jua'. 


So is anyone have any solution for my problem? 

nak amik duit sambil tutup muka ke tunduk? ke suruh sorok bawah dapur baru amik? HAHAHAHA. tak kelakar.


p/s : entry ni di bikin atas serba salah sang isteri bila sang suami membayar segala peruntukkan untuk service kereta aku. Alamak ai.. malunyaaa -___- 





The best is yet to come
CikPuan Shukriah Jasni